Ahad, 6 Julai 2008

Marah lewat dapat elaun


MINYAK hitam yang dipercayai disimbah pelajar IPTKL di institut itu di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur (IPTKL) di Jalan Yaacob Latif di sini, 'gempar' apabila kaki lima pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) institut tersebut disimbah dengan 'minyak hitam' semalam.

Perbuatan itu dipercayai berpunca daripada perasaan marah dan kurang puas hati segelintir pelajar di institut tersebut kerana pembayaran elaun bulanan yang lewat pada setiap bulan.

Kosmo! difahamkan dilakukan oleh pelajar institut itu yang juga bakal guru kerana segala urusan pembayaran elaun dilakukan oleh pihak HEP.

"Bagaimanapun ketika Kosmo! sampai di tempat kejadian mendapati, kawasan yang disimbah dengan minyak hitam itu sudah ditutup dan ditabur dengan sejenis bahan berwarna putih.

Usaha untuk mendapatkan reaksi pelajar gagal kerana mereka enggan membuka mulut mengenai kejadian tersebut dan sekadar memberitahu mereka baru sahaja mengetahui tentang perkara tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarahnya, Rosenah Mohamed Noor meminta supaya perkara tersebut tidak diperbesar-besarkan kerana menganggap kejadian tersebut adalah masalah dalaman mereka.

"Tidak perlulah diperbesar-bersarkan, ini masalah dalaman.

"Hari Isnin ini mereka akan dapat elaun mereka, kita pun sudah jelaskan kepada semua pelajar, saya harap perkara ini tidak lagi jadi isu," ujarnya.

Kosmo Online: 5 Julai 2008

Tiada ulasan: